Saturday, June 5, 2010

UJIAN LENCANA PERKHIDMATAN PENGAKAP REMAJA

Salam Pengakap;

Pada hari ini, hari Sabtu 5 haribulan Jun 2010 bertempat di Ibupejabat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah berjaya dilaksanakan Ujian Lencana Perkhidmatan Pengakap Remaja anjuran Persekutuan Pengakap Daerah Pudu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ujian yang memfokus kepada kursus pengetahuan untuk menjadi seorang Penolong Cemas yang berpengetahuan dan Pemadam Kebakaran yang berpengalaman ini telah dijalankan dengan bantuan pegawai-pegawai dari jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) Ibupejabat Pusat Jalan Semarak Kuala Lumpur.

Seramai 76 ahli Pengakap Daerah Pudu telah menghadiri ujian tersebut dan telah melaksanakannya dengan jaya. Semoga dengan pengetahuan dan latihan yang sebegini rupa akan mampu menjadikan ahli-ahli Pengakap tersebut mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat awam pada kemudian hari.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu

No comments:

Post a Comment