Tuesday, February 16, 2010

PANDUAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP PPM DAERAH PUDU TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan berikut adalah Panduan Pendaftaran Pemimpin, Pengakap & Kumpulan bagi tahun 2010.

1. Muat turun borang PPM-1(A) dan PPM-1(B) dari http://www.myscout.com.my/daftar/

2. Cetak dan agihkan borang PPM-1(A) kepada Ahli Pengakap dan borang PPM-1(B) kepada Pemimpin Pengakap untuk mengisi maklumat.

3. Kumpulkan semula borang yang telah siap diisi beserta bayaran keahlian RM3.00 untuk setiap orang Ahli Pengakap dan RM5.00 untuk setiap orang Pemimpin Pengakap

4. Kos untuk pendaftaran tahunan Kumpulan adalah RM10.00 untuk setiap Kumpulan

5. Sila simpan borang PPM-1(A) dan PPM-1(B) yang telah diisi oleh Ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap tadi diperingkat Kumpulan untuk rujukan masa hadapan

6. Muat turun fail Microsoft® Excel PPM-2(A) dari http://www.myscout.com.my/daftar/

7. Masukkan maklumat Kumpulan, setiap Ahli Pengakap dan setiap Pemimpin Pengakap kedalam borang PPM-2(A) pada ’worksheet’ KUMPULAN, PEMIMPIN & PENGAKAP berpandukan maklumat keahlian yang dikumpul dari borang PPM-1(A) dan PPM-1(B)

8. Cetak dan turunkan tandatangan Pemimpin Kumpulan kepada ’worksheet’ BORANG dari fail PPM-2(A) iaitu Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli

9. Sila membuat pembayaran yuran keahlian mengikut jumlah seperti yang dinyatakan secara automatik didalam PPM-2(A) terus ke
Akaun : “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH PUDU”
Bank : MAYBANK
No. Akaun: 514253335096

10. Hantarkan satu salinan borang Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli yang telah bertandatangan beserta Resit Pembayaran Yuran Dari Maybank kepada Pesuruhjaya PPM Daerah Pudu dengan menghubungi beliau ditalian 019-3836823

11. Hantarkan juga fail PPM-2(A) yang lengkap tadi melalui emel kepada Pesuruhjaya PPM Daerah Pudu di mohdsaifulmansur@yahoo.com

12. Sila nyatakan maklumat Nama Sekolah / Kumpulan, No. Kumpulan & Jumlah Yuran pengirim email yang menghantarkannya kepada Pesuruhjaya PPM Daerah Pudu

13. Kad keahlian akan diproses dalam tempoh 2 minggu dan akan diletakkan kedalam ”Pigeon Hole” sekolah masing-masing

14. Tarikh akhir pendaftaran keahlian dan kumpulan adalah pada 31 hb Mar 2010

Monday, February 15, 2010

MESYUARAT PEMIMPIN KUMPULAN PPM DAERAH PUDU 2010

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket