Sunday, January 29, 2012

SURAT TAMAT PERKHIDMATAN DARI YANG BERBAHAGIA MANTAN DATO KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

SALAM MAULIDUR RASUL 1433/2012

Salam Pengakap;

Seluruh warga Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL pada tanggal 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah bersamaan 5 Febuari 2012 Masehi yang akan datang.

Semoga kecintaan kita kepada baginda RASULULLAH S.A.W. akan bertambah kukuh pada tahun ini.

Thursday, January 19, 2012

6 AHLI PASUKAN KELANA 'A' LEMBAH PANTAI WPKL MENDAFTAR SEBAGAI AHLI BERSEKUTU PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Salam Pengakap;

Syabas diucapkan kepada pemimpin dan 5 ahli Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL diatas tindakan usaha menjadi Ahli Bersekutu Persekutuan Pengakap Malaysia.

Keputusan ini sangat bertepatan dalam usaha meningkatkan taraf karier dalam berPengakapan. Ia juga dilihat sebagai usaha yang bijak dan berwawasan jauh. Semoga semangat berPengakap berkualiti tinggi sebegini mampu menarik minat ramai lagi orang awam khususnya dan ahli Pengakap amnya untuk mendaftarkan diri sebagai Ahli Bersekutu Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pemimpin kumpulan.

Friday, January 13, 2012

Tuesday, January 10, 2012

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MERDEKA RAYA 2011

Salam Pengakap;

Bersempena sambutan Merdeka-Raya tahun 2011 yang lalu, ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL telah dijemput untuk memeriahkannya dengan menjadi sebahagian daripada anggota perbarisan raksasa kontinjen Belia Berjaya Malaysia.

Kontinjen Belia Berjaya Malaysia tersebut juga telah dianggotai oleh barisan kepimpinan Majlis Belia Malaysia dan diketuai oleh Presiden Majlis Belia Malaysia. Diakhir perbarisan kesemua ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL telah dialu-alukan pula dalam suatu majlis khas ringkas Majlis Belia Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Monday, January 9, 2012

PEMIMPIN PASUKAN PENGAKAP KELANA 'A' LEMBAH PANTAI WPKL TERIMA PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG

Salam Pengakap;

Sekalung tahniah kepada Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL, saudara Mohammad Saiful Bin Mansur diatas pengurniaan Pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada beliau yang telah dizahirkan di Istana Melawati Putrajaya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan Februari 2011 yang lalu.

Seluruh anggota pasukan mengucapkan sekalung tahniah kepada beliau diatas penganugerahan ini dan semoga beliau terus maju jaya didalam apa sahaja bidang yang beliau ceburi. Semoga ALLAH SWT memberikan beliau kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan dalam menjalani kehidupan ini.

Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang ini jelas membuktikan bahawa setiap titik peluh dan khidmat beliau telah diiktiraf dan ianya bertepatan dengan keperibadian beliau yang sangat komitmen kepada memperkasakan pergerakan Pengakap selama ini.

Ucapan selamat maju jaya kepada beliau.