Tuesday, June 29, 2010

BERITA PENGAKAP PUDU DIDALAM AKHBAR SINAR 28 JUN 2010 MENGENAI PENYERTAAN JAMBORI KEBUDAYAAN SERUMPUN DI INDONESIA

PROGRAM GOTONG ROYONG KEM HARIMAU DAERAH PUDU

Salam Pengakap;

Jutaan terima kasih kepada semua Pesuruhjaya, Pemimpin Kumpulan dan Ahli Kelana yang telah sudi meluangkan masa, membanting keringat dan wang ringgit pada tarikh 26 dan 27 haribulan Jun 2010 lalu.

Walaupun pelbagai kesulitan yang dihadapi dalam usaha mendirikan kemudahan asas berupa bilik mandi dan tandas untuk kemudahan pengunjung Kem Harimau, tetapi ianya berjaya juga dilaksanakan berkat dari kerjasama dan persefahaman yang erat.

Tahniah untuk semua yang terlibat dan semoga ALLAH SWT akan menilainya sebagai suatu ibadah dan mengurniakan sebesar-besar pahala diatas pekerjaan tersebut.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu

PROGRAM 'VIRGIL' PASUKAN KELANA PAHLAWAN

Salam Pengakap;

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 6 orang Bakal Kelana yang telah dinaikkan taraf kepada Ahli Kelana dalam suatu majlis 'Virgil' yang ringkas di Kem Harimau Daerah Pudu, Hulu Langat, Selangor.

Inilah majlis 'Virgil' Pengakap Kelana yang pertama didalam sejarah Kem Harimau Daerah Pudu. Semoga Pasukan Kelana Pahlawan akan terus mantap dengan aktiviti-aktiviti yang lebih gemilang lagi pada masa hadapan hendaknya.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu

Monday, June 21, 2010

4 ORANG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH PUDU MENERIMA PENGIKTIRAFAN DI MAJLIS ANUGERAH BELIA KEBANGSAAN 2010 PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Salam Pengakap;

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 4 orang kepimpinan Pengakap daerah Pudu kerana berjaya diiktiraf oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan (JBSWP) dalam sebuah majlis yang meriah bersama Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Kompleks Belia Dan Sukan Kampung Pandan pada tanggal 20 haribulan Jun 2010.

Tersenarai adalah penerima-penerima hadiah saguhati Anugerah Belia Negara Tahun 2010 peringkat negeri Wilayah Persekutuan mengikut kategori;

1. Sijil Penghargaan Mantan Kepimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan kepada Encik AB Malek Bin Mat Sohot yang juga kini menjawat jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu bahagian Latihan.

2. Hadiah Saguhati Keusahawanan Belia diberikan kepada Encik Ahmad Norsyarizan Bin Mat Isa yang juga menjawat jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu bahagian Perhubungan Am.

3. Hadiah Saguhati Kesukarelaan Belia diberikan kepada Puan Intandiana Binti Jalil yang juga menjawat jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu bahagian Perhubungan Belia.

4. Hadiah Saguhati Kepimpinan Belia diberikan kepada Encik Mohammad Saiful Bin Mansur yang juga menjawat jawatan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu.

Sekalung tahniah diatas kejayaan pengiktirafan ini semoga di tahun-tahun hadapan akan lebih menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang. INSYAALLAH.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu

Monday, June 14, 2010

14 ORANG PENGAKAP DAERAH PUDU MEMBAWA BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE JAMBORI KEBUDAYAAN SERUMPUN MALAYSIA DAN INDONESIA

Salam Pengakap;

Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kehadrat ILLAHI diatas limpah kurnia dan perkenanNYA untuk saya selaku Ketua Kontinjen Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seluruh ahli kontinjen menghadirkan diri ke program bersejarah Jambori Kebudayaan Serumpun Malaysia Dan Indonesia yang telah selamat berlangsung di perkarangan Istano Basa Rajo Alam Pagaruyuang, Batu Sangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia yang bermula pada tanggal 8 haribulan Jun 2010 dan berakhir pada tanggal 12 haribulan Jun 2010 yang lalu.

Banyak usaha dan sokongan telah diberikan dari pelbagai pihak terutama sekali dari rakan-rakan kepimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pudu dan pastinya sokongan padu dari Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak pernah padam. Sesungguhnya kerjasama berpasukan sebeginilahlah yang telah memungkinkan kejayaan terlaksananya misi besar bersama ini.

Ucapan sebesar-besar jutaan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang tidak dapat saya senaraikan disini yang telah menyokong dan membantu saya dalam merealisasikan misi khas ini. Semoga ALLAH SWT sahajalah yang akan membalas budi baik dan pertolongan saudara dan saudari dengan sebaik-baik balasan. Amin.

Ucapan syabas saya khas kepada semua ahli kontinjen yang telah melibatkan diri saudara dan saudari ke program yang bersejarah ini. Saya yakin banyak permata-permata yang telah kita sama-sama kutip disepanjang perjalanan yang sangat singkat itu. Saya doakan semoga permata-permata itu kelak akan mampu menjadi penyuluh dan pedoman saudara dan saudari dalam menjalani hidup didunia yang sementara ini. Sangat indah pengalaman dan kenangan yang berlalu yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Simpanlah memori-memori manis itu dalam lipatan sejarah kehidupan masing-masing untuk tatapan warisan yang terkemudian. Kukuhkan ukhwah yang telah terbina, lapangkanlah dada, percaya kepada kemampuan diri sendiri dan kemudian pandanglah kepada mereka yang memerlukan.

Akhirnya dapatlah kiranya para pelawat laman ini saya kongsikan cebisan kecil ceritera Jambori bersejarah yang telah berlangsung di `Ranah Minangkabau' yang bertuah. Bumi milik ALLAH SWT yang pada hemat saya banyak terdapatnya kesempurnaan dalam melayari bahtera kehidupan dan berterusan menjanjikan ketenangan diri. `Adaik Basandikan Syarak, Syarak Basandikan Kitabullah'. Itulah kata-kata keramat yang dipegang utuh oleh bangsa keturunan Minangkabau dari dahulu.

Sekian.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu


MAJLIS PERASMIAN JAMBORI KEBUDAYAAN SERUMPUN MALAYSIA DAN INDONESIA JAM 11.00 PAGI, TANGGAL 8 JUN 2010, DI HADAPAN ISTANO BASA PAGARUYUANG



SEBAHAGIAN PEMANDANGAN DI PERSEKITARAN BUMI PERKHEMAHAN JAMBORI KEBUDAYAAN SERUMPUN



LAWATAN SAMBIL BERLAJAR KE BERBERAPA TEMPAT BERSEJARAH, MENARIK DAN UNIK DISERATA `RANAH MINANGKABAU'



PROGRAM KAMPUNG `MALINDO' BERTEMAKAN `DEKAT DI MATA DEKAT DI HATI'



MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KEWANGAN PEMBINAAN SURAU KAMPUNG DESA PARIT PANJANG, MATUR, BUKIT TINGGI, SUMATERA BARAT. IHSAN OLEH KEPIMPINAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH PUDU



KURSUS TIDAK FORMAL KAEDAH PENANAMAN PADI SECARA TRADISIONAL OLEH MASYARAKAT PETANI MINANGKABAU



GAMBAR KENANGAN BERSAMA KETUA KWARNAS PRAMUKA INDONESIA (SETARAF KETUA PENGAKAP NEGARA MALAYSIA) KAK PROFFESOR AZRUL AZWAR



PROGRAM BERUPA `HOMESTAY' BERTEMAKAN KUNJUNGAN MUHIBAH KELUARGA MALAYSIA (KMKM) BERSEMPENA PROGRAM JAMBORI



PERARAKAN PAKAIAN DAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN SERUMPUN MALAYSIA DAN INDONESIA DI PERKARANGAN GEDUNG NASIONAL PEKAN BATU SANGKAR, TANAH DATAR, SUMATERA BARAT