Monday, June 21, 2010

4 ORANG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH PUDU MENERIMA PENGIKTIRAFAN DI MAJLIS ANUGERAH BELIA KEBANGSAAN 2010 PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Salam Pengakap;

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 4 orang kepimpinan Pengakap daerah Pudu kerana berjaya diiktiraf oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan (JBSWP) dalam sebuah majlis yang meriah bersama Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Kompleks Belia Dan Sukan Kampung Pandan pada tanggal 20 haribulan Jun 2010.

Tersenarai adalah penerima-penerima hadiah saguhati Anugerah Belia Negara Tahun 2010 peringkat negeri Wilayah Persekutuan mengikut kategori;

1. Sijil Penghargaan Mantan Kepimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan kepada Encik AB Malek Bin Mat Sohot yang juga kini menjawat jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu bahagian Latihan.

2. Hadiah Saguhati Keusahawanan Belia diberikan kepada Encik Ahmad Norsyarizan Bin Mat Isa yang juga menjawat jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu bahagian Perhubungan Am.

3. Hadiah Saguhati Kesukarelaan Belia diberikan kepada Puan Intandiana Binti Jalil yang juga menjawat jawatan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu bahagian Perhubungan Belia.

4. Hadiah Saguhati Kepimpinan Belia diberikan kepada Encik Mohammad Saiful Bin Mansur yang juga menjawat jawatan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu.

Sekalung tahniah diatas kejayaan pengiktirafan ini semoga di tahun-tahun hadapan akan lebih menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang. INSYAALLAH.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pudu

No comments:

Post a Comment