Wednesday, March 24, 2010

MANTAN KETUA PENGAKAP NEGARA MENINGGAL DUNIA. AL-FATIHAH..

Mantan Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Sulaiman Daud telah meninggal dunia pada hari Isnin 22 haribulan Mar 2010 jam 8.10 minit pagi. Al-Fatihah...

Sebagai ahli Pengakap saya merasakan satu kehilangan yang besar dalam dunia Berpengakapan di Malaysia diatas pemergian beliau. Beliau yang saya amati memiliki pesonaliti dan ketrampilan yang tersendiri dalam memimpin dan bekerja. Walaupun saya jarang bertemu beliau, namun saya masih dengan jelas dapat mengingati zaman dimana beliau menjawat jawatan Ketua Pengakap Negara.

Pertemuan terakhir saya dengan beliau adalah sewaktu Majlis Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia di Stadium Negara pada bulan April 2009 yang lalu. Saya yang bertugas sebagai Jawatan Kuasa Kerja Bahagian Protokol pada masa itu sempat berbual dengan beliau dengan penuh pengisian walau seketika cuma. Rumusan dari perbincangan singkat itu jelas menunjukkan bahawa beliau memiliki semangat Berpengakapan yang tinggi dan beliau juga melahirkan rasa bangga dan rindu dengan pergerakan Pengakap yang pernah beliau terajui suatu ketika dahulu.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T. dan diletakkan dikalangan manusia-manusia yang Soleh dan dimuliakan. Amin.

No comments:

Post a Comment