Tuesday, January 12, 2010

JAMBORI KEBUDAYAAN SERUMPUN MALAYSIA & INDONESIA JUN 2010



Salam Pengakap!

Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah program bersama peringkat antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia & Gerakan Pramuka Indonesia bernama Jambori Kebudayaan Serumpun Malaysia & Indonesia anjuran Gerakan Pramuka Sumatera Barat Indonesia akan bermula dari 8 Jun 2010 sehingga 12 Jun 2010 di perkarangan Istano Basa, Batu Sangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Untuk pengetahuan semua, saya telah dilantik secara rasmi oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Ketua Kontinjen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jambori tersebut. Sebagai maklumat persediaan, yuran penyertaan untuk menyertai Jambori tersebut adalah RM500.00 dan ianya tidak termasuk kos tiket penerbangan, paspot dan cukai lapangan terbang.

Kepada mana-mana ahli Pengakap yang berminat untuk menyertai Jambori tersebut bolehlah berhubung terus dengan saya samada melalui E-mail di mohdsaifulmansur@yahoo.com atau menghubungi saya di 019-3836823.

Harap maklum & Salam hormat.

Pesuruhjaya Daerah Pudu

No comments:

Post a Comment