Salam Pengakap;
Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan golongan
gelandangan di Kuala Lumpur. Gelandangan bermaksud orang-orang yang tiada
pekerjaan dan tempat tinggal yang tetap. Kebiasaannya kelibat mereka mudah
dilihat tidur ditepi kaki lima premis perniagaan, hentian bas, rumah ibadat,
tempat tumpuan awam, kawasan pejabat mahupun dibawah jambatan. Selagi mana ada
tempat yang teduh dan kering adalah cukup memadai bagi golongan ini untuk
tumpang bermalam melepaskan penat.
Golongan gelandangan ini bukan semuanya tiada
pekerjaan atau karier untuk menampung keperluan harian kehidupan mereka. Ada
diantara mereka yang memiliki pekerjaan tetap tetapi mereka tidak mampu untuk
menyewa rumah mahupun sebuah bilik di ibukota Kuala Lumpur. Kebiasaanya rezeki
yang diperolehi oleh golongan gelandangan ini hanya cukup untuk menampung kos
berkenaan makanan, minuman dan keperluan asas harian mereka sahaja. Ada
juga diantara golongan gelandangan ini yang dikenal pasti pemalas untuk bekerja
namun begitu perkiraannya hanya sebilangan kecil sahaja.
Untuk pengetahun semua, sebilangan besar
golongan gelandangan ini adalah dari kelompok warga emas yang mana tenaga,
kesihatan dan peluang pekerjaan untuk mereka adalah amat terbatas. Ramai juga
diantara golongan gelandangan ini menderita akibat pelbagai jenis penyakit
kronik. Terdapat juga kes golongan ini yang menderita sehinggakan anggota utama
badan mereka sudah tidak mampu untuk digerakkan. Ada diantara golongan ini juga
mendakwa bahwa mereka pernah ditipu dan menyebabkan mereka terkandas di Kuala
Lumpur.
Apa pun sebab musababnya, mereka juga adalah
manusia yang sama seperti kita yang bernasib lebih baik. Golongan ini pernah
meluahkan keinginan mereka untuk hidup secara normal jika berpeluang.
Persoalannya adakah kita sanggup membiarkan mereka kelaparan sedangkan kita bermewahan
dengan makanan. Adakah berperi kemanusiaan bagi kita sanggup melihat mereka
tidur dimerata-rata tempat sedangkan kita lena diatas katil empuk yang hangat.
Diatas kesedaran itu maka sejak Januari 2013,
berberapa ahli Pasukan Pengakap Kelana ‘A’ Angkasa Lembah Pantai telah
berkolaberasi dengan sebuah NGO yang dikenali sebagai Azizi Anas Society Group
(AASG). Atas dasar peri kemanusiaan kelompok kecil warga kota Kuala Lumpur ini
telah mengambil tanggungjawab itu membantu golongan gelandangan ini mengikut kemampuan
yang terhad. Misi kemanusiaan yang sihat ini telah dilaksanakan pada setiap bulan
minggu yang pertama.
Perbincangan
strategi akan dibuat setiap kali sebelum operasi bermula.
Sedikit rakaman aktiviti untuk
dikongsi.
Sambil
menghulurkan makanan para sukarelawan juga bertegur sapa dan bertanyakan
khabar golongan gelandangan.
Sessi
perbincangan diantara sukarelawan akan dilaksanakan setiap kali apabila misi selesai.
No comments:
Post a Comment