Wednesday, March 24, 2010

MANTAN KETUA PENGAKAP NEGARA MENINGGAL DUNIA. AL-FATIHAH..

Mantan Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr Sulaiman Daud telah meninggal dunia pada hari Isnin 22 haribulan Mar 2010 jam 8.10 minit pagi. Al-Fatihah...

Sebagai ahli Pengakap saya merasakan satu kehilangan yang besar dalam dunia Berpengakapan di Malaysia diatas pemergian beliau. Beliau yang saya amati memiliki pesonaliti dan ketrampilan yang tersendiri dalam memimpin dan bekerja. Walaupun saya jarang bertemu beliau, namun saya masih dengan jelas dapat mengingati zaman dimana beliau menjawat jawatan Ketua Pengakap Negara.

Pertemuan terakhir saya dengan beliau adalah sewaktu Majlis Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia di Stadium Negara pada bulan April 2009 yang lalu. Saya yang bertugas sebagai Jawatan Kuasa Kerja Bahagian Protokol pada masa itu sempat berbual dengan beliau dengan penuh pengisian walau seketika cuma. Rumusan dari perbincangan singkat itu jelas menunjukkan bahawa beliau memiliki semangat Berpengakapan yang tinggi dan beliau juga melahirkan rasa bangga dan rindu dengan pergerakan Pengakap yang pernah beliau terajui suatu ketika dahulu.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T. dan diletakkan dikalangan manusia-manusia yang Soleh dan dimuliakan. Amin.

Friday, March 12, 2010

JAMBORI PENGAKAP 1 MALAYSIA 2010

Salam Pengakap;

Suatu program Jambori Pengakap berkonsep 1 Malaysia sempena sambutan Hari Belia Malaysia akan diadakan di Taman Wetland Putrajaya, pada tarikh 13 - 16 Mei 2010 & dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja. Makan & minum peserta selama 3 hari, pegangkutan, khemah, sijil, cenderamata & keperluan lain adalah disediakan. Penyertaan Jambori ini terbuka kepada semua Kumpulan Pengakap dan ianya terbuka kepada semua cabang kategori ahli Pengakap. Kepada mana-mana ahli Pengakap yang berminat menyertai, sila berhubung dengan pihak pentadbiran PPM Daerah Pudu secepat mungkin.

Pesuruhjaya Daerah Pudu.

UJIAN LENCANA EKSPEDISI DAERAH PUDU 2010


Salam Pengakap;

Ujian Ekspedisi Lencana Tertinggi Pengakap Remaja Daerah Pudu 2010 telah selamat dilaksanakan pada tanggal 13-3-2010 disekitar Kuala Lumpur. Seramai 59 ahli Pengakap Daerah Pudu telah berjaya menamatkan Ekspedisi tersebut yang dianggarkan sejauh 48 kilometer.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Penolong2 Pesuruhjaya, Para Pemimpin Kumpulan, Ahli-ahli Kelana dan Pengakap-pengakap Raja yang sudi datang membantu program daerah. Semoga ALLAH SWT yang membalas jasa baik anda dengan sebaik-baik balasan.

Pesuruhjaya Daerah Pudu.