KEPIMPINAN TERTINGGI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA YANG BERKAITAN TERUS TERHADAP PASUKAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Penaung Utama
Persekutuan Pengakap Malaysia
____________________________________
Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Najib
Bin Tun Abdul Razak
Presiden Agung
Persekutuan Pengakap Malaysia
merangkap
Perdana Menteri Malaysia
____________________________________
Yang Amat Berhormat
Tan Sri Dato' Haji Muhyidin Bin
Haji Mohammad Yassin
Timbalan Presiden Agung
Persekutuan Pengakap Malaysia
merangkap
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ____________________________________
Yang Berbahagia
Dato' Seri Paduka Doktor Haji Shafie
Bin Haji Mohd Salleh
Ketua Pengakap Negara
Persekutuan Pengakap Malaysia
____________________________________
Yang Berusaha
Dato' Doktor Mohamad Shahrum Bin Osman
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Persekutuan Pengakap Malaysia
____________________________________
Yang Berusaha
Encik Rofli Bin Mohamed
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
____________________________________
Yang Berusaha
Encik Mohd Zaki Nurud-din Bin Nordin
Ketua Setiausaha Eksekutif
Persekutuan Pengakap Malaysia
____________________________________
Yang Berusaha
Encik Zulkifli Bin Muhammad Hanafiah
Pesuruhjaya Daerah Lembah Pantai
STRUKTUR PENTADBIRAN PASUKAN PENGAKAP KELANA 'A' LEMBAH PANTAI WPKL
Encik Mohammad Saiful Bin Mansur
Pemimpin Pasukan
T.B. : 019-3836823
Email : mohdsaifulmansur@yahoo.com
___________________________________
Encik AB Malek Bin Mat Sohot
Penasihat Pasukan
___________________________________
Encik Syarizan Md Isa
Penolong Pemimpin Pasukan
___________________________________
Encik Zul Isham Bin Mohd Nazir
Ketua Kelana
___________________________________
Encik Ahmad Ridhwan Bin Ahmad Baihaki
Penolong Ketua Kelana 1
___________________________________
Encik Mohd Khairul Afendy Bin Md Aziz
Penolong Ketua Kelana 2
___________________________________
Cik Mazlina Binti Mohamad Tin
Setiausaha Pasukan
___________________________________
Puan Rohaidah Binti Mamat
Bendahari Pasukan
___________________________________
Encik Abdul Muiz Bin Misri
Ahli Kelana Kanan
___________________________________
Encik Abdul Halim Bin Haji Ahmad
Ahli Kelana Kanan
___________________________________
Encik Mohd Zakaria Bin Onn
Ahli Kelana Kanan
___________________________________
Encik Mohd Afindi Bin Roslan
Ahli Kelana Kanan
___________________________________
Encik Mohd Zaky Bin Abdul Wahid
Ahli Kelana Kanan
___________________________________
Encik Zunaidi Bin Mat Husin
Ahli Kelana Kanan
___________________________________
Encik Riza Bin Omar
Ahli Kelana Kanan
___________________________________
LORD ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN POWELL OF GILWEL
Baden Powell telah lahir di London, England pada tarikh 22 Februari 1857 dan dinamakan sebagai Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Pada tahun 1901 Baden Powell telah kembali ke England dari medan peperangan di Afrika dan beliau menerbitkan sebuah buku bertajuk “Aids to Scouting”. Buku tersebut menjadi sangat masyhur dan hasilnya suatu perkhemahan pertama seramai 21 orang budak-budak Pengakap di bawah pimpinan Wiliam Smyth pada tarikh 25 Julai 1907 di pulau Brownsea telah berlangsung selama lapan hari. Setahun kemudian Baden Powell menganjurkan perkemahan Pengakap yang kedua di tempat yang sama dengan dihadiri oleh seramai 1500 ahli Pengakap. Dua tahun kemudian pula kehadiran perkhemahan telah meningkat menjadi 109000 ahli Pengakap. Seterusnya banyak negara-negara Eropah pula yang turut sama menyertai pergerakan Pengakap dan akhirnya pergerakan Pengakap telah merebak ke seluruh dunia. Pada tahun 1912, Baden Powell menjelajah keseluruh dunia untuk meninjau perkembangan pergerakan Pengakap di pelbagai negara. Pada tahun inilah permulaan pergerakan Pengakap dikenali sebagai Persaudaraan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1920 di London telah berkumpulnya ahli Pengakap dari seluruh dunia untuk menghadiri Jambori Pengakap Dunia yang pertama. Pada malam terakhir Jambori Dunia tersebut iaitu pada tarikh 6 Ogos 1920, Baden Powell telah diumumkan sebagai Ketua Pengakap Sedunia yang pertama. Pada tahun 1929, Baden Powell telah dianugerahkan oleh Raja George ke-V dengan gelaran Lord Baden Powell of Gilwell.
STRUKTUR PENTADBIRAN KEM HARIMAU PASUKAN KELANA 'A' LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR
INFORMASI KEM HARIMAU PASUKAN PENGAKAP KELANA 'A' LEMBAH PANTAI WPKL
- Kem latihan yang diberi gelaran Kem Harimau milik Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL ini berlokasi Lot 2935, Batu 17, Kampung Hulu Perdik, Hulu Langat, Selangor.
- Tapak Kem Harimau ini adalah hak milik sepenuhnya keluarga Encik Ahmad Ridhwan Bin Ahmad Baihaki yang juga selaku Penolong Ketua Kelana 1 Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL.
- Keluasan keseluruhan Kem Harimau ini adalah seluas 2.9 ekar mengikut maklumat yang tertera di dalam geran tanahnya.
- Sebahagian daripada kawasan Kem Harimau ini telah diteroka secara sederhana dan amat sesuai untuk dijadikan kawasan perkhemahan. Sebahagian yang lain daripada kawasan Kem Harimauini pula mengandungi belukar, pokok-pokok besar, pokok-pokok getah lama, pokok-pokok buah-buahan dan rumpunan-rumpunan buluh yang matang.
- Kem Harimau ini adalah merupakan kawasan milik peribadi yang tidak boleh dimasuki oleh orang awam.
- Kem Harimau kini telah memiliki kemudahan bekalan air bersih, kemudahan bekalan elektrik, lampu kekal, rumah kecil, bilik tidur, tandas dalam dan tandas luar.
- Kem Harimau ini juga mengandungi aliran sungai kecil dan kolam takungan air sungai.
- Kem Harimau ini adalah dibuka kepada mana-mana persatuan, orang perseorangan atau organisasi untuk disewa dengan kadar RM10.00 seorang untuk setiap hujung minggu atau RM30.00 seorang untuk sepanjang satu minggu.
- Kem Harimau ini sedikit jauh (4.5 kilometer) dari jalan utama dan pengangkutan awam.
- Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL juga berkemampuan menyediakan pakej-pakej perkhidmatan seperti pelbagai bentuk aktiviti hutan, aktiviti fizikal, aktiviti rekreasi, penyediaan makanan, pelbagai konsep lawatan, percetakan pakaian, percetakan media cetak dan pelbagai lagi perkhidmatan yang berkenaan mengikut permintaan dengan harga yang sangat berpatutan.
- Kepada individu atau mana-mana organisasi yang merancang untuk mengadakan sebarang bentuk aktiviti luaran atau sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan kepimpinan Pasukan Pengakap Kelana 'A' Lembah Pantai WPKL sepertimana yang tertera maklumatnya didalam blog ini.
No comments:
Post a Comment